Puisi Tahun 1 KSSR
1.
Nyanyian - Lagu puisi
-
sajak
-
bacaan berirama
2.
Pantun - Pantun
-
Gurindam
Pantun Dalam KSSR
1. Pantun
merupakan bentuk puisi kiasan masyarakat Melayu
2. Pantun
menggambarkan atau merupakan refleksi minda, soaial, budaya dan kemasyarakatan
Melayu lama.
3. Pantun
adalah puisi berangkap
4. Jenis
Pantun – dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dll.
Prinsip Berpantun
1. Aktiviti
dirancang hendaklah menepati objektif pengajaran Bahasa Melayu
2. Pantun
sebagai medium untuk kanak memperkembangakan bakat seni yang ada dalam diri
mereka.
3. Pilih
pantun yang mudah dan beri peluang kepada semua murid terlibat dalam aktiviti berpantun.
4. Guru
perlu memilih pantun yang mudah diingati dan difahami serta mempunyai maksud
yang kursus.
5. Guru
perlu membimbing murid mengujarkan dan mengucapkan pantun dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yng betul
6. Guru
perlu memberi bimbingan murid untuk mencipta pantun
7. Pantun
diajar secara didik hibur supaya murid minat mempelajari Bahasa Melayu