Manakala Robert Glaser
(2005), pula mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses
pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan
sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum
balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan
sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif
pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Berdasarkan model tersebut penilaian
harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan
kelemahan, agar guru dapat mengubah suai proses pengajarannya, demi
meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model
Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu
proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
No comments:
Post a Comment