Teori Kontekstual


        Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.  Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

                     Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan imbas kembali.  Kemahiran melakukan latih amal (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pembelajaran kontekstual.  Paduan kedua-dua kemahiran ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti kepada mereka.

                    
                       Oleh itu pengajaran secara kontekstual ialah pengajaran yang memberi penekanan terhadap perhubungan antaran konteks dan pengetahuan. Konteks mengandungi situasi-situasi yang berkaitan dengan fenomena, aplikasi teknologi dan isu sosial, yang kesemuanya ini dapat dikenal pasti oleh pelajar pada masa kini dan pada masa akan datang (Board of Studies, 1994).

No comments: