Peringkat Output & Penutup


         Pada peringkat ini proses yang perlu dilakukan oleh pemimpin instruksional adalah dengan memantau pencapaian para pelajarnya. Penilaian perlu dibuat bagi memastikan proses pangajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan mampu mencapai output yang dihasratkan. Hasil daripada pemantau dan penilaian tersebut penambahbaik boleh dilakukan melalui tindakan susulan pada semua peringkat.

         Penilaian formatif dan sumatif boleh dilaksanakan bagi memperoleh maklumat dan data pencapaian sebenar para pelajar. Sekiranya pencapian pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki maka tindakan susulan perlu dilakukan. Perancangan perlu disusun semula daripada peringkat permulaan dan kitaran pengajaran kemahiran lisan ini.diulangi semula. 

        Walau bagaimanapun, pencapaian dapat diraih menerusi model ini sekiranya perancangan yang baik dapat dilakukan, dan bantuan yang sewajarnya dapat diberikan kepada para pelajar dalam pelaksanaan aktiviti yang akan membantu mereka memahami bahan yang dipelajari. Pelaksanaan yang baik dan berkesan akan mengajar dan menggalakkan pelajar untuk meneruskan usaha pembelajaran dan pengalaman yang melampaui buku teks mereka.


        Hasil penilaian yang dilaksanakan juga mampu memperlihatkan keberkesanan Model KELISA sebagai satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat memperkasa pengajaran seseorang guru dan mempercekap pembelajaran pelajar Bahasa Melayu. Model ini juga ini dapat melibatkan para pelajar secara aktif menerusi pendekatan dan langkah yang berstruktur serta terancang. Secara tidak langsung model ini juga dapat  merangsang pemikiran dan penjanaan idea para pelajar secara mendalam, kreatif dan kritis dalam aktiviti amali mereka. 



Penutup

Model KELISA sebagai usaha untuk membantu tenaga pengajar mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di samping itu mewujudkan suasana bilik darjah yang mengembirakan para pelajar.  Model KELISA ini dibina berfokuskan kepada pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu yang memberi penekanan kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Model ini amat sesuai dan releven untuk tenaga pengajar di IPG dan IPT di negara ini.      

        Dengan menggunakan model ini para pelajar berasa lebih tertarik, teruja, seronok dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktivititi yang disarankan. Model ini juga menyediakan ruang, peluang, kebebasan bagi para pelajar  mencari, memilih dan menggunakan informasi serta inisiatif yang diperlukan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Para pelajar juga boleh menggunakan idea dan daya kreativiti sendiri, untuk mereka cipta serta menghasilkan produk pembelajaran yang boleh dikongsi, dinilai dan dimanfaatkan bersama rakan.


1 comment: