Peringkat Input



         Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berfokuskan Model KELISA elemen-elemen berikut perlu diambil kira iaitu:

a)      Pentaksiran

         Sebelum model ini dilaksanakan pentaksiran perlu dibuat terlebih dahulu untuk menilai pengetahuan yang sedia ada dan juga kebekesanan sesuatu pengajaran. Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui ujian, kuiz, menduga akal, temu bual, temu duga dan pelbagai lagi. Pentaksiran boleh dilakukan dengan menilai pemahaman pelajar melalui penjelasan dan penerangan yang diberikan oleh para pelajar. Melalui penilai tersebut diharapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dan menggiatkan lagi para pelajar untuk menjana pemahaman dan idea yang kreatif dan kritis.

b)      Bahan rangsangan

Penggunaan pendekatan kontekstual mampu membantu pemimpin instruksional memilih  bahan rangsangan yang sesuai diguna dalam pengajaran kemahiran lisan. Pemilihan yang tepat berdasarkan sasaran amat penting bagi membantu pemimpin instuktional dalam melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai bahan rangsangan yang boleh dipilih dalam sesi pengajaran kemahiran lisan ini iaitu petikan teks, gambar tunggal, gambar bersiri, sidang video dan juga interaktif. Pengetahuan dan kebijaksanaan pemimpin instruksional memilih bahan rangsangan mampu menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokan.

          Pelajaran boleh dimulakan dengan permainan interaktif sebagai induksi pelajaran untuk merangsang dan melibatkan (Engage) pelajar. Kemudian pelajar diajukan dengan soalan pelbagai kecerdasan berkenaan tajuk yang dipilih untuk mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar tentang topik pelajaran. Penggunaan pembelajaran secara kontekstual boleh mendekatkan pengetahuan sedia ada dalam diri pelajar bagi merangsang pembelajaran .

No comments: