Teori Kematangan (Teori Behavioris)


Menurut teori ini perkembangan dilihat sebagai hasil struktur kematangan individu itu sendiri. Aspek perkembangan domain ialah hasil daripada genetik atau keturunan. Teori kematangan ini masih mengekalkan manusia adalah sama dalam keadaan tertentu kerana teori ini beranggapan manusia daripada spesis yang sama. Teori ini berpandangan keturunan mempengaruhi kematangan dan pengajaran. Pendidik perlu menyediakan pengalaman pembelajaran apabila kanak-kanak menunjukkan minat dan betul-betul bersedia.


        Berdasarkan pendapat Skinner (1974), kebolehan bercakap atau bertutur ialah sejenis perlakuan manusia, iaitu “perlakuan bahasa”, Berdasarkan teori ini, perlakuan bahasa itu boleh dibentuk menggunakan prinsip rangsangan dan ganjaran, iaitu stimulasi, respon dan ganjaran.

No comments: