Berasaskan
model-model tersebut maka terbinalah Model KELISA (Kemahiran Lisan) bagi
memastikan pengajaran kemahiran lisan dapat dilaksanakan dengan lancar sebagaimana
yang dirancang. Langkah-langkah yang telah dikenal pasti terdiri daripada
komponen utama, iaitu reka bentuk instruksi. Komponen reka bentuk instruksi
ialah fasa-fasa yang menunjukkan kaedah atau langkah yang perlu diikuti dalam
keseluruhan proses pelaksanaan membangun dan menilai Model KELISA.
Komponen dalam model ini yang
mengandungi item-item yang menjadi sumber maklumat asas (input) yang diperlukan
untuk membina dan menilai Modul KELISA berdasarkan fasa-fasa yang ditetapkan
dalam reka bentuk instruksi tersebut. Reka bentuk instruksi dalam kerangka
konsepsi diubah suai daripada Model ADDIE (Gagne et al. 2005) yang terdiri
daripada lima fasa yang dimulai dengan fasa analisis, reka bentuk, diikuti
dengan pembangunan dan pelaksanaan serta penilaian.
No comments:
Post a Comment