Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan
beberapa teknik pengajaran yang sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran
bahasa. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik dapat membantu untuk
mendapat hasil pembelajaran yang berkesan. Teknik boleh dilihat sebagai satu
cara khusus utuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Model KELISA
ini amat sesuai digandingkan dengan pelbagai teknik pendidikan yang lain untuk
tujuan pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu, antara teknik yang boleh
digunakan adalah seperti yang berikut:
1) Teknik
imlak
Teknik ini digunakan untuk melatih atau
menguji kemahiran mendengar. Bahan yang sesuai mudah disediakan kerana bahan
tersebut boleh diperoleh daripada buku atau majalah. Untuk melaksanakan teknik
ini melibatkan pembelajaran secara koperatif iaitu antara pendengar dan
penerima.
2) Teknik Perbualan
Teknik perbualan merupakan teknik yang
mengajar para pelajar berbual dengan baik dan sopan secara sosial. Sesi
perbualan boleh dilaksanakan dalam kelas secara bekumpulan dan corak perbualan
hendaklah mengambarkan situasi perbualan sosial yang berlaku dalam kehidupan
seharian kita. Teknik ini amat sesuai untuk mengajar kemahiran lisan. Teknik
ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya
mewujudkan interaksi dalam kalangan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara mengemukakan perbualan yang berkaitan
dengan isi pelajaran, isu-isu semasa dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya.
3) Teknik Perbincangan
Teknik perbincangan sering digunakan
untuk mencari isi-isi penting dalam petikan teks, sidang video dan interaktif
dan juga pelbagai bahan lain. Perbincangan seharusnya berfokus kepada sesuatu
tajuk untuk mencari isi-isi penting dan relevan. Perbincangan juga boleh
dilakukan secara kumpulan atau antara pelajar dengan pemimpin instrutional.
4) Teknik Simulasi
Teknik simulasi juga dikenali sebagai
teknik main peranan. Teknik ini boleh digunakan untuk melatih bahasa lisan
pelajar. Melalui situasi yang diberikan, para pelajar cuba menghidupkan atau
melakonkan situasi tersebut secara spontan tanpa skrip. Main peranan bermaksud
melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu stuasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, yang mana pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain
supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan
secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang
sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
5) Teknik perbahasan
Teknik perbahasan bertujuan untuk
melatih para pelajar dalam kemahiran bertutur. Melalui teknik ini para pelajar
boleh dilatih untuk berdebat tentang sesuatu tajuk atau isu. Walapun bilangan
pelajar yang mengambil bahagian adalah terhad tetapi para pelajar yang lain
sebagai penonton akan turut serta selaku pendengar untuk mengikuti perbahasan
tersebut.
7) Teknik drama
Teknik ini sering digunakan dalam
kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah
terus, elektif dan audiolingual. Teknik ini mengajar dan melatih pelajar
menggunakan bahasa lisan. Penggunaan skrip lakonan membantu para pelajar
bertutur dengan menggunakan sebutan, intonansi, jeda dan tekanan yang bersesuai
dengan skrip lakonan yang disediakan. Di samping itu para pelajar juga dapat
menggunakan pelbagai jenis ayat. seperti ayat perintah, ayat tanya dan juga
ayat seruan.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar
penggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan
bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong
dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran
yang dipelajarinya. Pelajar juga bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu. Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam
pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar. Di samping
dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan pelajar.
8) Teknik Bercerita
Teknik ini menggunakan cerita untuk
mengajar sesuatu kepada para pelajar. Teknik ini amat bersesuaian untuk melatih
kemahiran bertutur dan mendengar pelajar. Secara tidak langsung penggunakan
teknik ini mampu meningkatkan keyakinan diri para pelajar untuk bercakap di
hadapan khalayak ramai. Teknik ini juga merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan dengan berkesan
melalui teknik bercerita. Selain
itu teknik bercerita dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Bercerita juga dapat memotivasikan
pelajar untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.
Justeru itu, penggunaan pelbagai
teknik dapat memberikan ruang untuk belajar secara kendiri, seperti aktiviti
melungsur Internet untuk mendapatkan informasi dan untuk menghasilkan bahan
untuk bercrita. Dalam hal ini, pelajar akan berasa lebih tertarik, teruja,
seronok dan bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti tersebut kerana
terdapat ruang, peluang dan kebebasan bagi mereka untuk mencari, memilih dan
menggunakan informasi dan inisiatif yang diperlukan, serta idea dan daya
kreativiti sendiri, untuk mereka cipta dan menghasilkan produk pembelajaran
yang boleh dikongsi, dinilai dan dimanfaatkan bersama rakan.
No comments:
Post a Comment