Tuesday, 24 September 2013

Didik Hibur - Tugasan


Tugasan:

Penggunaan seni bahasa secara tidak langsung dapat membantu daya ingatan murid dalam pelajaran mereka. Murid-murid juga mudah untuk memahami sesuatu yang diajar menggunakan kaedah ini.

Berdasarkan pengetahuan tentang didik hibur secara individu anda dikehendaki membina satu RPH untuk mengajar seni bahasa menggunakan kaedah didik hibur dalam satu sesi pengajaran di dalam kelas.

Didik Hibur - Pengajaran KSSR


Puisi Tahun 1 KSSR

1.    Nyanyian -     Lagu puisi

  -      sajak

  -      bacaan berirama

2.     Pantun   -      Pantun

-       Gurindam

 

Pantun Dalam KSSR

1.    Pantun merupakan bentuk puisi kiasan masyarakat Melayu

2.    Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, soaial, budaya dan kemasyarakatan Melayu lama.

3.    Pantun adalah puisi berangkap

4.    Jenis Pantun – dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dll.

Prinsip Berpantun

1.    Aktiviti dirancang hendaklah menepati objektif pengajaran Bahasa Melayu

2.    Pantun sebagai medium untuk kanak memperkembangakan bakat seni yang ada dalam diri mereka.

3.    Pilih pantun yang mudah dan beri peluang kepada semua murid  terlibat dalam aktiviti berpantun.

4.    Guru perlu memilih pantun yang mudah diingati dan difahami serta mempunyai maksud yang kursus.

5.    Guru perlu membimbing murid mengujarkan dan mengucapkan pantun dengan sebutan yang jelas dan intonasi yng betul

6.    Guru perlu memberi bimbingan murid untuk mencipta pantun

7.    Pantun diajar secara didik hibur supaya murid minat mempelajari Bahasa Melayu

Didik Hibur - Contoh


Contoh

Lakonan aksi – pendaki gunung, pesawah padi, pemburu dll.

Didik Hibur - Prinsip Lakonan


1.    Menepati objektif pengajaran iaitu dapat mempertingkatkan kemahiaran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid

2.    Mempunyai tema yang bersesuaian dengan pengalaman dan kebolehan murid

3.    Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah dan senang difahami serta mudah dilaksanakan.

4.    Semua murid diberi peluang ikut kebolehan

5.    Mampu merangsang kemahiran, intelek, emosi dan fizikal murid.

Didik Hibur - Kebaikan Lakonan


1.    Melatih pendengaran murid agar dapat memahami apa yang didengarinya dengan baik

2.    Menyemai semangat kekitaan, rasa tanggungjwab dan boleh berkerjasama dalam satu pasukan.

3.    Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid

4.    Mengikis perasaraan rendah diri, malu dan kelakuan yang negatif.

5.    Melatih murid memahami aspek kehidupan yang sebenar

Didik Hibur - Lakonan


1.    Aksi

2.    Dialog -         Spontan

-            Skrip

3.    Lakonan semula

   -               Situasi

-            Lagu

4.    Boneka

Didik Hibur - Teknik Bercerita Menggunakan Alat


Teknik Lakaran/ Lukisan

1.    Lakaran berkaitan dengan watak dan jalan cerita melibatkan proses pemindahan maklumat kepada bentuk grafik.

2.    Menggalakkan kanak-kanak mentafsirkan mklumat

3.    Menggunakan permainan minda dan pengamatan sensori deria

4.    Penglibatan kanak-kanak menyeluruh
Jalan cerita mudah difahami dan bersesuaian dengan daya pemikiran mereka

Didik Hibur - Prinsip bercerita tanpa alat


1.    Penggunaan nada suara dan mimik muka yang memberi gambaran watak (cth. keadaan dan emosi sejuk, panas, sedih dll)

2.    Roma muka perlu bersesuaian dengn emosi yang digambarkan dalam cerita.

3.    Bahasa yang mudah dan digunakan berulang-ulang.

4.    Wujudkan hubungan mata antara pencerita dengan pendengar

5.    Kemahiran dalam menggunakan seluruh anggota badan tertentu mampu memberi penjelasan tentang isi cerita

6.    Pencerita perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Pastikan tiada gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak

7.    Libatkan kanak-kanak dalam penceritaaan

Didik Hibur - Jenis Cerita


1.    Tanpa menggunakan alat – kekuatan vokal dan aksi bahasa badan

2.    Penggunaan Alat – tali, kertas, boneka, kain dan juga lakaran

Didik Hibur - Ciri-ciri Bercerita


1.    Pemilihan cerita yang sesuai dengan tahap kanak-kanak

2.    Persediaan ruang dan suasana kelas yang kondusif

3.    Penggunaan alat yang menarik

4.    Bentuk dan jenis cerita ringkas mudah difahami

5.    Mesej yang jelas serta bermakna

6.    Mampu meningkatkan bahasa dan kemahiran asas berbahasa murid

7.    Penglibatan murid  secara menyeluruh

Didik Hibur - Bercerita


Cerita bermaksud sesuatu yng diungkapkan, diperkatakan, dibualkan secara langsung kepada murid. Guru perlu bijak bercerita kerana sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak suka mendengar cerita. Melalui cerita banyak nilai dan pengajaran dapat dipupuk secara tidak langsung dalam diri kanak-kanak. Di samping itu bercerita juga mampu menyuburkan daya imaginasi mereka.

Didik Hibur - Prinsip Nyanyian


1.    Pemilihan lagu mesti sesuai dengan tatabahasa Bahasa Melayu

2.    Melodi lagu yang mudah diikuti dan difahami

3.    Sesuai dengan kebolehan dan kesediaan murid

4.    Setiap lagu perlu berdasarkan jalan cerita, nilai, pengajaran dan bermotivasi.

5.    Berdasarkan persekitaran kehidupan murid.

Didik Hibur - Kepentingan Nyanyian


1.    Mencetuskan suasana yang seronok dan ceria

2.    Memudah daya ingat tentang apa yang dipelajari

3.    Mengukuhkan kosa kata, sebutan, intonansi, rima dan tekanan serta struktur ayat

4.    Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa

Aspek Didik Hibur


Berpuisi

1.  Berpuisi
2.  Berlakon
3.   Nyanyian
4.  Bercerita

Didik Hibur - Objektif


Terdapat tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah iaitu:

1.    Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur

2.    Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita

3.    Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara hibur didik

Didik Hibur - Ciri-ciri Didik Hibur


1.    Pembelajaran yang seronok dan ceria.

2.    Meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid

3.    Murid boleh berkomunikasi sama ada secra verbal atau non verbal

4.   Membantu meningkatkan tahap tingkah laku murid ( mudah faham dan menghayatinya)

5.    Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan

Didik Hibur - Definisi


Menurut Kamus Dewan (2010), didik bermaksud sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar. Hibur pula bermaksud menyenangkan atau menggirangkan. Oleh itu, Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.  Kaedah didik hibur ini bersifat santai, berhibur dan seronok yang melibatkan komponen jasmani dan rohani.

Didik Hibur -Pengenalan


Didik hibur ialah satu kaedah alternatif semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Didik hibur merupakan pengisian Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran bahasa, didik hibur dan tatabahasa.